MABIT KTD

MABIT
QIAMULLAIL MEMPERKUKUH PERIBADI MUKMIN
1 / 11
volgende
Slide 1: Tekstslide
Religious educationUniversity

In deze les zitten 11 slides, met interactieve quizzen en tekstslides.

time-iconLesduur is: 60 min

Onderdelen in deze les

MABIT
QIAMULLAIL MEMPERKUKUH PERIBADI MUKMIN

Slide 1 - Tekstslide

APA ITU
QIAMULLAIL ?

Slide 2 - Woordweb

APAKAH PERIBADI
MUKMIN ?

Slide 3 - Woordweb

Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT;
وَآيَةٌ لَّهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ ﴿٣٧
“Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

Slide 4 - Tekstslide

TEMPAT YANG TERPUJI
Firman Allah SWT:

 وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
.
.

Slide 5 - Tekstslide

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ , (السجدة 

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”

Slide 6 - Tekstslide

KAFARAH DOSA-DOSA
Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan.”

Slide 7 - Tekstslide

MASUK SYURGA DENGAN SELAMAT
Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Slide 8 - Tekstslide

KEMULIAAN MUKMIN DENGAN QIAMULLAIL
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”

Slide 9 - Tekstslide

5 KEISTIMEWAAN QIAMULLAIL
1. Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim AS.
2. Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
3. Dapat muhasabah kekuatan diri
4. Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
5. Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja

Slide 10 - Tekstslide

.

WAKTU AFDAL QIAMULLAIL
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.” (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya

Slide 11 - Tekstslide